Dalam dunia moden hari ini, penggunaan teknologi laser semakin luas di dalam pelbagai bidang . Tunjukkan bagaimana teknologi laser memainkan peranan penting kepada manusia.
Laser merupakan bahan yang dinamakan sebagai atom dan menghasilkan satu sinaran yang sangat terang. Sinaran tersebut lebih berkuasa daripada sinaran lampu biasa yang dihasilkan. Dalam dunia moden hari ini, penggunaan teknologi laser semakin meluas dalam pelbagai bidang. Teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi yang menggantikan peranan kabel dengan optik fiber. Di samping itu, jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat diperolehi seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data. Selain itu, laser juga berfungsi untuk memperkuatkan cahaya sehingga dapat menyalurkan suara melalui serat optik. Laser juga dapat membawa data yang lebih besar berbanding dengan gelombang radio dimana kelajuannya terdiri daripada 10 hingga 1000 kali ganda lebih besar berbanding gelombang radio.
Penggunaan laser dalam bidang perubatan yang cukup sinonim dengan pembedahan mata. Terdapat juga aplikasi laser digunakan dalam dermatologi iaitu berkaitan dengan kulit yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat. Selain itu, pesakit yang menghidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser dimana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut. Kelebihan menggunakan laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta darah berbanding pembedahan terbuka.
Dalam bidang perindustrian pula, laser merupakan alat sebagai pemecah dan pemotong yang termoden. Laser dapat memotong permata, intan, dan kepingan logam tanpa mengeluarkan haba, bunyi, dan sisa kotoran. Dengan ini, kualiti hasil industri dapat ditingkatkan.
Dalam keselamatan penggunaan laser diperlukan terutamanya bagi tentera polis dan juga pasukan keselamatan yang lain. Sebagai contoh, dalam ketenteraan laser digunakan untuk memebetulkan bidikan senjata sebelum menembak samada pistol, senapang, atau peluru berpandu. Setiap polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak.
Penggunaan teknologi laser dalam pelbagai bidang memainkan peranan penting dalam setiap kegunaan tertentu. Kelebihan laser dalam pelbagai aplikasi timbul daripada ciri-ciri keupayaan mencecah kuasa yang amat tinggi dan ketunggalan warna yang amat tinggi. Justeru, penggunaan laser bukan sahaja dapat memudahkan sesuatu perkara yang sukar malah ianya juga dapat menyumbang kepada perubahan dan kepentingan dalam suatu bidang teknologi dengan mudah.